|
a. Sembelit
Apabila seseorang tidak memakan makanan yang
betul dan berada di bawah keadaan tertekan, sembelit akan
berlaku. Mereka yang mempunyai masalah sembelit lazimnya
mempunyai tanda-tanda kekenyangan perut, kurang selesa, rasa
perit dan berangin pada perut. Mereka juga akan merasa sangat
dahaga, kesakitan bahu, sakit di bahagian kepala, pening,
keletihan dan mudah panas baran.
Cara yang disyorkan untuk merawat sembelit ialah
melalui pembetulan corak diet seseorang, misalnya makan makanan
semulajadi untuk melancarkan penyahtinjaan. Mereka sepatutnya
membolehkan bakteria normal hidup dalam "bowel" (di mana ini
akan dapat menurunkan tension dalam saluran pencernaan) dan
melakukan senaman dengan lebih kerap. "Cryptomonadales"
merupakan makanan semulajadi yang dapat memperbetulkan keadaan
ini.
b. Keletihan
Cara untuk mengurangkan keletihan ialah secara
meningkatkan stamina dan fungsi pelbagai sistem badan. Ini dapat
dicapai dengan mengambil makanan semulajadi yang dapat membersih
dan memperbaiki kualiti darah.
c. Sakit tulang belakang
Kita sering mendapat sakit tulang belakang
disebabkan berdiri terlalu lama. Leher dan tulang belakang
merupakan dua tempat yang paling lemah pada badan kita, maka ia
adalah amat mudah tercedera. Sebab-sebab mengapa seseorang
mendapat sakit belakang adalah:
-
Kurang bersenam
-
Tekanan yang kuat ke atas tulang belakang
secara tiba-tiba, misalnya semasa bermain golf atau memandu
untuk jarak jauh
-
Tekanan otot yang berterusan yang menambahkan
tekanan kepada otot tulang belakang.
Sakit tulang dapat diatasi dengan memperbaiki
peredaran darah badan kita.
d. Sakit kepala
Secara umunya, sakit kepala dapat dibahagikan
kepada dua jenis. Salah satunya disebabkan oleh otot. Ini
berlaku apabila seseorang itu makan secara berlebihan,
terutamanya apabila sebahagian besar diet mereka terdiri
daripada daging yang menghasilkan asid dalam sistem badan kita.
Asid ini akan mengakibatkan kontraksi otot yang membawa kepada
sakit kepala. Sakit kepala jenis ini berkaitan dengan makan
secara berlebihan gula "refined". Ini akan menyebabkan badan
kita kekurangan vitamin B kompleks yang akan mengganggu sistem
saraf yang mengawal salur darah tersebut. Sakit kepala jenis ini
adalah lebih kerap berlaku kepada wanita berbanding dengan
lelaki. |