|
"Cryptomonadales" dapat membantu dalam kesihatan kita secara :
1. Menggiatkan semula sel badan
"Cryptomonadales"
mempunyai kesan positif ke atas penyakit kronik. Sekiranya darah
dibersihkan dan fungsi salur pencernaan dimajukan, maka tisu badan yang
kurang sihat akan dapat kembali berfungsi dengan normal apabila nutrisi
dibekalkan. Makanan mempunyai keupayaan tinggi untuk menyegarkan
sel-sel badan dan melambatkan proses penuaan.
2. Pengukuhan dan pengembalian fungsi reproduktif
"Cryptomonadales"
dapat membina semula tenaga badan dan meningkatkan rembesan hormon
seks. Ini akan memajukan metabolisma dalam badan manusia dan membantu
dalam melicinkan fungsi sistem badan kita.
3. Peningkatan fungsi otak
Bekalan
oksigen yang lebih ke otak akan dapat meningkatkan metabolisma otak.
Sel-sel darah merah yang sihat diperlukan untuk meningkatkan memori dan
fungsi otak. Sel-sel otak perlu dibekalkan dengan sel darah merah yang
sihat dan kaya dengan oksigen untuk meningkatkan fungsi otak kita.
4. Kecantikan
Kulit yang
sihat merupakan elemen penting dalam kecantikan. Kecantikan dapat
dicapai melalui dua cara. Salah satu cara ialah secara menutup bahagian
yang kurang sempurna iaitu dengan memakai kosmetik. Cara yang lain
oalah dengan memajukan bahagian yang kurang sempurna secara
mengembalikan kulit kepada keadaan asalnya. Kulit yang kering, edema
dan berkedut adalah tanda gangguan fungsi kulit. Semua masalah ini
dapat diatasi melalui cara hidup yang sihat.
5. Keseimbangan nutrisi
"Cryptomonadales"
mengandungi hampir semua jenis nilai nutrisi yang diperlukan oleh
sistem badan kita. Ia mengandungi protein yang kaya dengan asid amino
perlu. Malah, "Cryptomonadales" adalah terkenal dengan kandungan
pelbagai jenis vitamin semulajadi. Vitamin-vitamin ini dapat menyumbang
dalam merangsang sistem badan kita dan pada masa yang sama mengekalkan
kesihatan.
"Cryptomonadales" adalah amat kaya dengan klorofil. Klorofil mempunyai
keupayaan untuk membersihkan saluran pemakanan dan peredaran darah
kita. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah serta
meningkatkan pemulihan badan kita.
Penyakit-penyakit kronik yang dialami oleh masyarakat hari ini adalah
lanjutan daripada diet yang kurang nutrisi dan gaya hidup yang
tertekan. Pengambilan makanan harian yang semulajadi, hidup, organik
dan menyeluruh akan mengelakkan kita daripada mendapat penyakit dan
mengekalkan kesihatan. "Cryptomonadales" adalah makanan yang kaya
dengan bahan mineral dan vitamin untuk kesihatan yang lebih sempurna.
6. Perubatan sifat fizikal dari berasid kepada beralkali
"Cryptomonadales"
dapat mengubah sifat badan yang berasid kepada sederhana beralkali.
Sifat badan yang berasid adalah punca kebanyakkan penyakit pada zaman
moden ini. Badan manusia sepatutnya adalah sederhana alkali. Individu
yang sihat sepatutnya mengekalkan pH yang seimbang di antara 7.35-7.45.
Apabila badan kita tidak berada dalam keseimbangan ini, ia akan
mengakibatkan penyakit.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada perubahan keadaan badan yang berasid adalah:-
a. Pemakanan berlebihan
Memakan secara berlebihan terutamanya
protein binatang (makanan berasid) akan menyebabkan pembusukan dan
zimosis ("zymosis") kerana ia menghasilkan hidrogen sulfida, fenol dan
sebagainya yang membebaskan gas toksik dan pada masa yang sama
mencemarkan darah manusia. Akhirnya is menyebabkan penghasilan darah
yang berasid dan keruh.
Protein binatang juga mengandungi kolesterol yang tinggi. Pengumpulan
kolesterol di dalam salur darah akan menyebabkan ia tersumbat dan
seterusnya menyebabkan miokardia (serangan jantung), infaksi dan
pendarahan otak. Pengambilan makanan berasid yang semakin banyak akan
menyebabkan darah semakin berasid dan peningkatan viskositi darah.
Jumlah darah yang mengalir melalui kapilari darah juga akan berkurangan
dan membawa kepada pembekuan darah di bahagian tangan dan kaki, bahu
serta insomnia.
Pengambilan kolesterol yang berlebihan boleh melambatkan peredaran
darah. Ini bermaksud jantung kita perlu mengepam dengan lebih kuat
untuk meningkatkan peredaran darah yang akhirnya mengakibatkan
peningkatan tekanan darah yang boleh membawa kepada hipertensi.
Cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan mengambil lebi banyak
sayur-sayuran yang dapat membantu mengubah keadaan badan supaya lebih
beralkali. Sayur-sayuran adalah kaya dengan vitamin dan bahan organik,
serat dan pelbagai jenis enzim. "Cryptomonadales" adalah tumbuhan yang
mengandungi klorofilin yang tertinggi jika dibandingkan dengan
sayur-sayuran lain.
b. Makanan "refined" dan penambahan bahan kimia
Pemakanan nasi yang telah
"dibersihkan", roti putih, gula putih dan sebagainya boleh menyebabkan
badan yang lebih berasid. Kita perlu selalu ingat bahawa makanan yang
diambil oleh kita saban hari mengandungi bahan kimia yang memudaratkan
badan kita. "Cryptomonadales" dapat membantu badan kita menyeimbangkan
proses badan kita.
c. Gaya hidup
Gaya hidup yang kurang sihat boleh
merosakkan badan kita di mana ini dapat menyebabkan badan kita menjadi
lebih berasid. Gaya hidup yang kurang sihat boleh mengakibatkan
insomnia, kurang selera, tidak tenang, depresi, keletihan dan
sebagainya.
d. Tekanan
Tekanan hidup juga boleh menyebabkan
keadaan badan menjadi berasid. Kita perlu berdepan dengan pelbagai
halangan dan tekanan dalam menghadapi pekerjaan, keluarga dan hubungan
peribadi setiap harian. Kita perlu berhadapan dengan kerisauan,
keletihan, insomnia dan emosi yang tidak menentu. Tekanan hidup
merupakan satu keadaan yang biasa dihadapi oleh masyarakat moden kita
dewasa ini yang menjejaskan sistem endokrin dan hormon kita, seterusnya
menjejaskan kesihatan kita.
Tekanan hidup boleh menjadikan badan kita bersifat asidik. Ini juga
akan menyebabkan pengurangan perkumuhan K dan Na melalui urin.
Selanjutnya meningkatkan asiditi badan kita.
|