Sutera Utama
Sutera Utama Enterprise

(001741610-X)

SERVICE YOU CAN TRUST

 



Home buttonHomestay buttonLifecode buttonSUSEN SANITARY PADSHPA - PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMAKOPP buttonDelivery button


Sutera Utama Enterprise
019-3039870
012-3106676
019-2822200

Lifecode Mobile Stockist logo

Lifecode Distributor button


LIFE-GENE FACTS / FAKTA BERKENAAN LIFE-GENE
Genetic Code Repair (GCR)


Kepentingan Kolesterol

Kolesterol telah dikenal pasti sebagai bahan yang menyebabkan arteriklerosis. Akibatnya, manusia takut untuk memakan makanan yang mengandungi kolesterol. Ini adalah satu konsep yang salah. Kolesterol merupakan sebahagian daripada lipid. Ia boleh disintesis di dalam badan dan kita tidak bergantung kepada makanan untuk memperolehnya.

Kolesterol dirujuk sebagai faktor utama yang menyebabkan arteriklerosis kerana keupayaannya melekat pada dinding arteri. Tetapi ini hanya terjadi apabila nisbah antara kolesterol, lipid fosfor dan glikolipid tidak berada dalam nisbah yang seimbang. Misalnya, sekiranya anda memakan terlalu banyak makanan yang kaya dengan 'lemak neutral', kepekatan kolesterol di dalam darah akan meningkat dan menyebabkan ketidakseimbangan lipid membran.

Minyak kacang tanah dan minyak kelapa mengandungi asid lemak tak tepu monovalen, yang kurang lipid membran tidak menurunkan kolesterol dalam darah, sebaliknya menyebabkan kerosakan membran sel. Oleh itu asid lemak tak tepu monovalen boleh menyebabkan ketidakseimbangan lipid membran.

Kolesterol tidak boleh dipersalahkan dalam arteriklerosis tetapi ia merupakan sebahagian daripada komponen membran. Ia juga merupakan salah satu juzuk dalam pelbagai hormon dan jus hempedu.

Kajian terbaru di Amerika Syarikat menunjukkan pemakanan kerap makanan berserat boleh menurunkan kolesterol dalam darah dengan sederhana. Sekiranya seseorang itu memilih makanan yang mengandungi asid amino dan membran lipid yang dapat menyeimbangkan tisu badan, ini mungkin dapat mencegah arteriklerosis daripada berlaku.

 

Kesan enzim
Protein merupakan komponen penting badan manusia. Ia diperlukan untuk pembaikan pelbagai jenis organ manusia. Protein memerlukan tenaga untuk menjalankan tugas pembaikan ini. Bahan mineral yang penting dalam tumbesaran merangkumi 7 subunsur dan 12 unsur nadir. Kalsium dan fosforus (subunsur) diperlukan untuk pebentukan tulang manakala sulfur diperlukan untuk sintesis protein.

Misalnya anda memerlukan sesuatu untuk membakar minyak dalam kereta untuk menghidupkan enjin kereta. Tugas atau peranan pencucuhan ini dimainkan oleh enzim dalam badan manusia. Enzim terdiri daripada protein terutamanya tetapi ia juga memerlukan vitamin dan bahan mineral nadir untuk menjalankan tugas atau fungsi katalisis. Hayat hidup "Cryptomonadales" dikawal oleh banyak enzim. Badan manusia mengandungi berpuluh-puluh ribu enzim.

Andainya anda menambahkan yis kepada larutan glukosa, ia akan membolehkan fermentasi berlaku pada suhu yang betul. Jika anda memecahkan sel yis dan engekstrak keluar kandungannya dan kemudian tambahkan larutan glukosa kepadanya, fermentasi masih boleh berlaku. Ekstrak seperti ini walaupun bukan sel hidup, mengandungi banyak enzim yang diperlukan untuk fermentasi.

 

"ADAKAH ANDA KETAHUI BAHAWA MEMASAK AKAN MEMUSNAHKAN ENZIM DAN BANYAK ZAT NUTRIEN DALAM MAKANAN?"

 

Asid Nukleik "Cryptomonadales"

"Cryptomonadales" mengandungi 13% asid nukleik. Semua sel hidup boleh menghasilkan asid nukleik sendiri. Sepuluh jenis asid amino, sesetengah vitamin dan sesetengah unsur nadir diperlukan untuk sintesis asid nukleik di dalam sel manusia. Pengambilan makanan yang mengandungi asid nukleik bagi menghasilkan asid nukleik sendiri adalah penting. Perkara yang sama juga berlaku kepada kolesterol. Pengambilan makanan yang mengandungi asid nukleik dan kolesterol mengurangkan beban badan untuk menghasilkan asid amino. Perkara ini penting terutamanya apabila seseorang itu berada dalam peringkat tumbesaran. Asid nukleik boleh dibahagikan kepada 2 jenis: DNA di dalam nukleus dan RNA di dalam sitoplasma. Oleh itu, kuantiti asid nukleik di dalam sel merupakan petunjuk kitaran sel. Daripada 13% asid nukleik dalam "Cryptomonadales", 3% daripadanya adalah DNA dan 10% adalah RNA. Asid nukleik memainkan peranan penting dalam aktivitii biologi.

 

Infiltrasi Asid Nukleik Melalui Membran Sel

Kebanyakan membran sel bertindak sebagai benteng untuk menyekat molekul tinggi seperti protein dan kanji daripada memasuki sel. Tetapi sebaik sahaja makromolekul tersebut dihadam menjadi unit binaan asid amino atau glukosa, ia boleh menlalui membran sel. Asid nukleik boleh melalui membran tanpa dihadam atau dihidrolisis menjadi unit yang lebih kecil. "Cryptomonadales" boleh berfungsi sebagai faktor pertumbuhan sel (CGF-Cell Growth Factor) kemungkinan disebabkan oleh keupayaan asid nukleik bergerak bebas di dalam sel sasaran.

 

©2008 Hakcipta Terpelihara
Sutera Utama Enterprise

Last modified: 24-07-09 21:51