Sutera Utama
Sutera Utama Enterprise

(001741610-X)

SERVICE YOU CAN TRUST

 



Home buttonHomestay buttonLifecode buttonSUSEN SANITARY PADSHPA - PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMAKOPP buttonDelivery button


Sutera Utama Enterprise
019-3039870
012-3106676
019-2822200

Lifecode Mobile Stockist logo

Lifecode Distributor button


LIFE-GENE FACTS / FAKTA BERKENAAN LIFE-GENE
Genetic Code Repair (GCR)


Kandungan Lipid Di Dalam Membran Plasma "Cryptomonadales"
Sel "Cryptomonadales" mempunyai membran sel yang mengandungi asid lemak tak tepu, misalnya asid linolik, gliserin, sebatian asid fosforik dan kolin. Semua sebatian ini merupakan komponen perlu membran sel dan membran nukleus sel.

 

Imbangan Lipid Membran
"Cryptomonadales" mempunyai kandungan lipid membran yang tinggi. Lipid membran terdiri daripada 50% lipid fosfor, 25% lipid kolesterol dan 25% glikolipid. Tiga jenis lipid ini sentiasa berada dalam nisbah yang sama (50-25-25). Lemak neutral yang terdiri daripada gliserin dengan tiga asid lemak tepu untuk membentuk ester, adalah tidak baik untuk kesihatan manusia. Tetapi lipid membran adalah berbeza. Ia terdiri daripada gliserin dengan satu asid lemak tepu dan satu asid lemak tak tepu. Asid lemak tak tepu akan bertukar menjadi asid linoleik dalam badan. Asid lemak tak tepu seperti yang terdapat pada minyak zaitun atau pada minyak kacang tanah adalah asid lemak tak tepu monovalen (misalnya olein). Tetapi asid lemak tak tepu yang didapati dalam lipid membran adalah asid lemak tak tepu polivalen.

 

Asid Lemak Perlu Tak Tepu
Apabila lipid membran membentuk membran sel, lemak akan disusun dalam dua lapisan. Kawasan di antara dan di sekitar asid lemak diisi dengan molekul protein. Sekiranya lipid membran terdiri daripada asid lemak tepu, penyusunan itu akan menjadi sangat padat dan tiada ruang dalam membran sel untuk pengangkutan bahan.

Sekiranya lipid membran mengandungi asid lemak tak tepu, misalnya asid linoleik, maka sebahagian membran akan mengendur, maksudnya terdapat sedikit bukaan keci untuk pergerakan bahan-bahan. Badan manusia tidak dapat menghasilkan asid lemak tidak tepu, justeru itu memerlukan bekalan makanan daripada makanan yang diambil. Ia digelar asid lemak perlu tak tepu yang juga dikenali sebagai vitamin F.

Menurut konsep pemakanan moden, asid lemak perlu jenis ini adalah penting untuk mengekalkan kesihatan badan yang baik. Tetapi keseimbangan antara asid-asid lemak ini adalah lebih penting, terutama kolesterol, lipid fosfor dan glikolipid mesti dikekalkan. Sekiranya nisbah ini tidak dikekalkan dengan baik, seseorang itu tidak akan sihat.

Lipid "Cryptomonadales" mengandungi keseluruhan lipid membran. Oleh itu, apabila "Cryptomonadales" dijadikan sebahagian daripada diet, seseorang itu akan dapat mengekalkan keseimbangan yang baik antara lipid-lipid membran, seterusnya mengekalkan kesihatan.

 

"KESIHATAN ITU ADALAH KEKAYAAN"

 

Lipid berasid
Kepentingan asid lemak tak tepu telah diketahui sejak dahulu kala. Baru-baru ini satu hipotesis telah dikemukakan yang menunjukkan kesan buruk asid lemak tak tepu terhadap kesihatan manusia yang disebabkan oleh ikatan tidak tepu. Asid lemak ini boleh dioksidakan menjadi sebatian berasid yang boleh dihasilkan di dalam membran sel. Misalnya jika ia berlaku di dalam membran mitokondria, kandungannya boleh bocor keluar melalui membran dan menyebabkan malfungsi.

Teori lain mengatakan bahawa lipid berasid mungkin merupakan penyebab kanser (barah). Tambahan pula, ketenatan arteriosklerosis adalah berkadaran dengan kuantiti asid lemak berasid di dalam arteri. Kesimpulannya, arteriosklerosis mungkin disebabkan oleh pengasidan asid lemak dan bukan disebabkan oleh paras kolesterol yang tinggi.

Malfungsi sistem, eperti arteriosklerosis yang diakibatkan oleh pengasidan asid lemak tak tepu boleh dikawal dengan baik oleh unsur nadir. Kesan buruk dapat dikurangkan. Tetapi jumlah unsur nadir badan perlu dikekalkan dalam keseimbangan. Mereka yang mengambi "Cryptomonadales" mempunyai jumlah unsur nadir yang diperlukan, dan malfungsi seperti ini dapat dikawal.

Badan manusia mempunyai mekanisma semula jadi untuk mencegah pengasidan, misalnya vitamin C ialah agen pengurang yang sangat baik. Contoh lain ialah vitamin E. Namun perkara terpenting iaah mengekalkan keseimbangan semua unsur nadir.

 

©2008 Hakcipta Terpelihara
Sutera Utama Enterprise
Last modified: 24-07-09 21:51