





|
Sutera
Utama
HOMESTAY |
@ |
 |







Lokasi kami di
Unit B-01-01
Sri Lavender Apartment,
Taman Sepakat Indah II, Sg Chua, Kajang
Bersebelahan dengan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
Bagaimana nak ke Sri Lavender Apartment (Sutera Utama Homestay)?
DARI SELATAN
1. Jika anda melalui Lebuhraya PLUS dari Selatan, keluar melalui
Exit Bangi.
2. Selepas Plaza Tol PLUS Bangi, anda akan menempuh tiga (3)
bulatan (round about). Di setiap bulatan berkenaan, ambil 'pukul
12'.
3. Selepas ambil 'pukul 12' di bulatan yang ke tiga (3), anda akan
bertemu lampu isyarat. Di lampu isyarat berkenaan, ambil simpang
ke kanan.
4. Anda akan jumpa Sek Men Keb Seksyen 7 di sebelah kanan anda.
Terus sehingga anda jumpa simpang tiga (3), ambil simpang ke kiri.
5. Di sebelah kanan anda ada Restoran Jelira. Ke hadapan lagi anda
jumpa kedai perabut.
6. Selepas kedai perabut, anda masuk simpang ke kanan. Terus
sahaja ke hujung dan anda akan jumpa Sri Lavender Apartment (Sutera
Utama Homestay)
DARI KUALA LUMPUR (UTARA)
1. Jika melalui Lebuhraya PLUS dari Kuala Lumpur,
melepasi Plaza Tol Sg Besi, terus menuju ke Exit Kajang.
2. Melepasi Plaza Tol Kajang, anda susur ke kiri
menuju ke Semenyih/Sg Long/Kajang.
3. Memasuki Lebuhraya SILK, terus amb il jalan
menuju ke Sg Long/Semenyih/Kajang.
4. Anda akan melalui Plaza Tol SILK Sg Ramal Timur.
5. Melepasi Plaza Tol SILK Sg Ramal Timur, susur ke
kiri yang pertama menuruni Lebuhraya SILK berkenaan.
6. Di lampu isyarat, anda ambil simpang ke kanan
dan teruskan perjalanan.
7. Melepasi dua (2) bonggol, anda ambil simpang ke
kiri dan teruskan perjalanan sehingga ke Sri Lavender Apartment (Sutera
Utama Homestay).
©2009 Hakcipta
Terpelihara
Sutera
Utama Enterprise
Last modified:
09-08-09 20:32